//Awesome Gurls


Assalamualaikum! Firstly, nak bagitahu yang blog ni pemilik dia dua orang. Nurain Syafiqah dan Fitri Nur Najiha. Enjoy your reading!♥ Do follow and leave your footprint on my tagboard :) Be nice here.


Entries

About

Stuff

Linkies

Aien Jia FollowDashboard

Wednesday 26 December 2012 . 0 word(s) .



Assalamualaikum. Hai semua *lambai tangan* Ehem-ehem nak cerita apa erk ? Nampak tak tajuk dekat atas tu ? Nampak kan ? So Aien nak cerita pasal crush Aien. Siapa ada crush ? Yeahh, kita sama. Give me five :D Nak tahu tak siapa crush Aien ? Eh mana boleh bagi tahu, rahsia :p


Maksud crush orang yang kita minat dalam diam-diam kan ? Dan kita berharap dia akan bertakhta dihati kita. Tapi tak semua yang kita inginkan menjadi milik kita. Memang sakit hati bila ada crush ni sebab kita tengok dia ramai peminat and friendly pulak tu. Dan terbit lah rasa cemburu. Tapi buat apa pulak kita nak cemburu ? Kita bukan siapa-siapa pun bagi crush kita tu pun. Haa, cemburu tandanya sayang. Aiyokk, dah terkantoi :p Okay-okay dengar cerita Aien dulu k :)


Hurm, actually Aien dengan crush Aien tu kawan. Macam mana boleh jadi kawan ? Bermula dimuka buku lerr :) Dia yang usha Aien dulu *padahal dua-dua sama je* -.- Bila dah lama-lama chat dengan dia, rasa best pulak. Dia minta number Aien tapi Aien jual mahal, haha :p Tapi jarang chat dengan dia, kalau Aien online dia tak online pulak. Kalau dia online Aien pulak yang tak online --" Kadang-kadang kalau dapat chat dengan dia, sampai tengah malam pun tak apa :) Aduh dia minta number Aien lagi. Macam mana ni ? Nak bagi alasan apa lagi ? Then dia kata dia nak kawan dengan Aien takkan tak boleh. Bila fikir-fikirkan balik betul juga apa yang dia cakap tu. Then Aien pun bagi number Aien dekat dia. Kebetulan pulak time tu tak ada kredit -.- Okay bab number dah habis k :) Now bab yang mengelabah bagi Aien. Lepas dah bagi number tu, tiba-tiba dia cakap "Ehh nak jumpa awak lah, hahaa" Aien cakap "Hahaa, serious awak nak jumpa saya ?" Aien dah gelabah , biar betul mamat ni. Datang tiba-tiba dia lagi "Dah lama tak chat, rindu pulak" Ya Allah, macam tak percaya. Weee, apa lagi berguling-guling atas katil sebab terlalu gembira :D Then dia kata nak tidur dah. Okay, Aien pun offline. Baru nak melayang atas katil, tiba-tiba phone berbunyi. Siapa call ? Jengjengjeng, dia yang call. Rasa berdebar-debar untuk berbicara dengan dia. Okay, jawab panggilan dia. Dia pun wish selamat malam bagai. Oh sweet nye awak :) Setelah talian dimatikan, baru lah Aien tidur dengan nyenyak ;)

Keesokkan hari pergi kedai beli topup. Malam tu text dia, ehh dia reply lah :') Okay, dalam seminggu lebih kami sudah mula rapat. Dan secara diam-diam Aien dah jatuh cinta dekat dia. Dia periang orangnya, suka layan perangai gila-gila Aien, kadang-kadang dia pun join sekali XD Yess, akhirnya ada jugak geng. Terima kasih awak sebab jadi kawan gila-gila saya :') Siapa yang tak happy bila dapat text dengan crush dia. Berbunga-bunga dihati :) Dan kita selalu berharap agar crush kita tu menjadi milik kita kan ? Aien pun harap macam tu jugak :') Aien cuba untuk meluahkan rasa dihati Aien ni tapi Aien tak nak sebab Aien takut dia tak nak kawan dengan Aien lagi :'( Kadang-kadang ada juga Aien cakap yang Aien sayang dia, tapi no respon :'( Hurm, Aien je yang sayang dia tapi dia tak pun :'/


Bukan kegembiraan yang Aien dapat sebaliknya kedukaan. Dia sudah berpunya, kekasih hati nya sungguh cantik menawan. Okay, Aien mula buang perasan terhadap dia jauh-jauh. Why ? Sebab dia pakwe orang, tak mahu ganggu. So Aien anggap dia kawan Aien. Kekadang dia buat Aien ketawa, kekadang dia buat Aien marah. Haha, sengal betul mamat ni. Time petang tengah text dengan dia tu, tiba-tiba dia ajak jumpa. Okay Aien cuba bagi alasan cakap jaga baby sister. Dia kata kalau macam tu tak apa lah. Kesian pula dekat dia ni. "Okay kita jumpa petang ni" Aien reply text dia. Aduhaii, cair nya saya tengok muka awak, handsome :* First time meet of course lah malu. Dia je yang banyak tanya Aien. Sorry wak, saya tak banyak cakap sebab saya malu sangat :'/ Hurm, okay kita dah mula slow, kita jarang contact dah. Tak ada kredit katanya :( Tak apa lah saya faham awak :') Tapi IM dekat fb bolehkan ? Tweet dekat twitter bolehkan ? Kenapa awak tak buat macam tu ? Dah lupa saya ke ? :(


Hurmm, saya rindu nak ketawa dengan awak, rindu nak gaduh dengan awak. Sekarang dah tak ada siapa yang wish selamat malam :( Dulu setiap hari awak akan wish untuk saya. But now ? :( Bila saya baca text awak yang lepas-lepas, tersenyum sesorang :) Bila awak merajuk mesti awak cakap macam ni "Nanak hawan, k bye." Atototoo, manja nya awak :') Setiap hari saya jadi sweetstalker facebook and twitter awak. Why ? Sebab awak crush saya dan saya rindu awak, tahu tak ?! :'( Bila saya stalk Facebook awak, rasa cemburu sebab awak bersweet-sweet dengan kekasih awak. Saya akan sentiasa doakan awak bahagia dengan dia dan kekalkan hubungan kauorang k :') Kalau awak bahagia saya pun turut bahagia :')


Dear crush, saya rindukan awak sesangat :( Awak rindu saya tak ? Haa ? Rindu ? *k perasan jup* Okay, cerita Aien sampai disini saja. Nanti Aien cerita lagi k :) Babai. Muahh sikit :* Night. Assalamualaikum  :')

By : Aien



Thanks for reading :)






// Forever Young-One Direction